fb fb fb fb fb

Dua aduan babit kerja letupan lombong bijih timah

Teh Kok Lim

IPOH, 8 Disember- Hanya dua aduan dilaporkan berhubung aktiviti perlombongan bijih timah di Perak setakat November tahun ini.

Aduan tersebut membabitkn kerja letupan di lombong bijih timah dan pencemaran sungai akibat sisa perlombongan.

Exco Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Teh Kok Lim berkata, sebarang aktiviti perlombongan bijih timah di negeri itu perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri bagi mengelakkan kesan kepada ekosistem alam sekitar.

"Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) turut menjalankan pemeriksaan secara berkala dalam memastikan lombong-lombong beroperasi dengan teratur dan mematuhi skim pengendalian melombong yang diluluskan bawah peraturan-peraturan pembangunan mineral," katanya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Darul Ridzuan, di sini.

Setakat ini, sebanyak 13 lombong bijih timah beroperasi di negeri itu diberikan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI