fb fb fb fb fb

Draper University, buka kampus antarabangsa pertama di Malaysia

Tim Draper (kiri) bersalaman dengan Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 21 Mac- Draper University, pusat pengajian tinggi terkemuka dunia diasaskan pemodal teroka Tim Draper bakal membuka cawangan di Kuala Lumpur, kampus antarabangsa pertamanya dan di luar Silicon Valley.

Universiti berkenaan akan menyokong dan menerajui pertumbuhan 140 syarikat pemula di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang.

"Dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), universiti berkenaan menumpukan kepada syarikat terlibat dalam Kecerdasan Buatan (AI), keselamatan siber, blok rantai, Web3 dan Advanced 5G," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Asra Nadeem dalam satu kenyataan.

Sementara itu Menteri Digital Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan sama berkata keputusan menubuhkan kampus pertamanya di Kuala Lumpur akan mempercepat inovasi dan penciptaan nilai dalam ekosistem pemula Malaysia.

"Ia memperlihatkan komitmen Malaysia membangunkan minda global dan meletakkan negara sebagai hab digital pilihan ASEAN.

"Malaysia kini sedang meneroka usaha untuk membina kelebihan daya saing yang mampu memperkasakan syarikat pemula, termasuk menyokong inisiatif yang berinovasi dan memudahkan proses perniagaan," katanya.

Draper University telah memacu lebih 750 syarikat setakat ini, dengan mengumpul lebih satu bilion dolar daripada pelabur terkemuka dunia.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI