fb fb fb fb fb

Dr. Dzulkefly dirujuk ke Jabatan Kecemasan

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, telah dirujuk ke Jabatan Kecemasan pada awal pagi tadi.

Beliau disyaki mengalami gejala renal colic.

Menerusi kenyataan oleh Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

"Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,"menurut kenyataan tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE