fb fb fb fb fb

DID Sarawak perlu bersedia terokai pendekatan moden

Foto RTM

KUCHING, 24 Oktober - Sarawak kini memasuki fasa penting dalam usaha membina negara yang menuntut pendekatan serta keupayaan teknikal yang lebih moden dan berdaya tahan.

Menurut Timbalan Premier Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, ini terutama dalam menghadapi cabaran isu perubahan iklim.

"Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak merupakan salah satu daripada hanya tiga agensi teknikal yang memikul tanggungjawab berat terutama dalam menghadapi cabaran perubahan iklim", katanya semasa berucap pada Majlis Malam Apresiasi Jabatan Pengairan dan Saliran DID Sarawak di ini, semalam. 

Beliau turut menyeru agar pendekatan pengurusan sungai dan sistem saliran diadaptasi secara lebih semula jadi, selari dengan keperluan semasa dan pembelajaran daripada pengalaman negara maju.

Datuk Amar Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menegaskan bahawa perubahan iklim membawa variasi ekstrem hujan lebat menyebabkan banjir kilat.

"Ini juga akan melibatkan suhu melampau sekaligus memberi impak besar dan menuntut tindakan segera daripada semua pihak", katanya. 

Trainee