KUALA LUMPUR, 15 April-Dialog secara terbuka perlu bagi pupuk persefahaman dan rasa saling hormat dalam kalangan masyarakat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia penting dalam usaha memperkukuh perpaduan.
"Saya hanya mahu berkata inilah cabaran kita. cabaran buat para guru dan pensyarah, cabaran untuk universiti.
"Memperjuangkan apa yang benar, apa yang boleh menjamin keamanan dan keselamatan kita, atau terjerumus dalam permainan tanpa rasional yang membawa malapetaka kepada negara ini", katanya demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban 2025 di ibu negara.
Menurutnya, usaha itu jelas memperlihatkan komitmen kerajaan.
Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar; Profesor Penyandang Kursi Al-Ghazali di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (1STAC), UIAM, Fakulti Undang-Undang Universiti Hong Kong, Profesor Dr Daniel Bell dan Naib Canselor UM, Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman.