
IPOH, 1 Sept – Mesyuarat Kedua Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Ke-15 akan berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 September ini.
- Dua RUU akan dibentangkan: Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 2026; Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) (Pindaan) 2026.
- Kedua-dua RUU akan dibawa oleh Menteri Besar.
- Sesi soalan lisan akan berlangsung selama 90 minit seperti kelaziman.
- Terdapat satu usul Menteri Besar tentang Pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia; tiada permohonan pertukaran tempat duduk ADUN.
Yang di-Pertua Dewan Negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata dua Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan pada persidangan kali ini iaitu Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 2026 serta Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) (Pindaan) 2026.
Kedua-dua RUU berkenaan akan dibawa Menteri Besar Perak.
“Seperti kelazimannya, sepanjang persidangan tersebut, sesi soalan lisan akan berlangsung. Tempoh sesi soalan lisan pada kali ini akan berlangsung selama 90 minit. Selain itu, terdapat satu (1) usul yang akan dibawa oleh Menteri Besar iaitu Usul Pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung Mesyuarat Kedua Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan setakat ini tiada permohonan diterima untuk menukar tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).