SRI AMAN, 14 Februari- 70% dewan masyarakat di Kampung Nyabor, Kabong musnah akibat kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
Manakala bangunan Tabika yang terletak bersebelahan berjaya diselamatkan daripada kerosakan teruk.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, mereka menerima panggilan kecemasan pada pukul 3:38 pagi dan ketika pasukan bomba sampai di lokasi, api sedang marak.
Kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 4:54 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pukul 6:00 pagi.
Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilapor berlaku dan punca kebakaran masih disiasat.