fb fb fb fb fb

Denti, Frankie sertai misi SAR mangsa gempa bumi di Turkiye

SEPANG, 9 Februari- Dua ekor anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Denti dan Frankie turut serta dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye.

"Tujuan kita bawa anjing pengesan ini adalah untuk membantu dalam usaha mengesan lokasi di mana mangsa berada.

"K9 ini adalah antara pasukan atau unit yang termasuk dalam misi mencari dan menyelamat SMART, jadi mereka ini memang bersedia untuk di atur gerak ke mana-mana (lokasi di) luar negara," kata Ketua Komander Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM Ismail Abd Ghani kepada media semasa pelepasan misi SAR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Beliau berkata kedua-dua anjing dipilih menyertai misi itu kerana memiliki kepakaran mencari mangsa hidup dan mayat.

Dua ekor anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Denti dan
Frankie menjadi sandaran misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di
Turkiye /FOTO BERNAMA

Katanya Denti, anjing daripada baka Labrador, dan Frankie daripada baka English Springer Spaniel, masing-masing akan dikendali oleh pegawai bomba Tony Anak Albert Mani dan Y.Thibagaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali pula berkata kedua-dua anjing itu akan dibawa bersama untuk memastikan pasukan penyelamat Malaysia dapat melaksanakan operasi SAR dengan lebih berkesan.

Media Baharu