fb fb fb fb fb

Demi perubahan peneroka Felda di Kelantan, Anwar harap kerjasama penuh kerajaan negeri

GUA MUSANG, 23 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Kerajaan Negeri Kelantan memberi kerjasama penuh dengan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan perubahan bagi peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Beliau berkata kerajaan mempunyai kebhinekaan (kepelbagaian) perancangan untuk rakyat termasuk warga Felda dalam mengangkat mobiliti sosial warga peneroka dan generasi baharu.

"Kerajaan memberi fokus terhadap isu pemilikan tanah bagi generasi baharu Felda yang memerlukan keterlibatan kerajaan negeri.

"Dahulu ada dua tiga perkara diabaikan umpamanya lampu-lampu jalan di kawasan Felda Hulu Kelantan, kita telah luluskan pada dua bulan lalu.

"Di Felda ini iaitu di Hulu Kelantan, kita mengumumkan akan mengadakan Pusat Dialisis di Chiku 3 kerana peneroka susah untuk pergi ke hospital.

"Ini memudahkan peneroka yang menghidap penyakit buah pinggang mendapatkan rawatan kerana peneroka di tanah rancangan berdepan kesukaran untuk mendapatkan rawatan di hospital," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Felda di sini hari ini.

Pada Sambutan Hari Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) 2023 Julai lalu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM7.7 juta setahun bagi menanggung kos operasi bagi 37,012 lampu jalan di rancangan Felda seluruh negara.

Terdahulu, Anwar dalam ucapannya berkata akan bertemu dengan Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) bagi baik pulih tandas sekolah di kawasan tanah rancangan Felda.

Ini termasuk memberi perhatian kepada masalah liputan Internet di kawasan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

RM200 juta naik taraf jalan kampung Orang Asli di Kelantan

Media Baharu