JOHOR BAHRU, 31 Oktober- Seramai 2,000 penganut Hindu akan berkunjung ke Kuil Arulmigu Thendayuthapani Kovil, Johor Bahru bagi menjalankan upacara keagamaan bersempena perayaan Deepavali, hari ini.
Sambutan dimulakan dengan mendapatkan restu daripada kedua ibu bapa di rumah masing-masing, sebelum bergerak ke kuil untuk memulakan upacara sembahyang.
Pengerusi Kuil Arulmigu Thendayuthapani Kovil, G. Meganathan berkata, masyarakat India mula berkumpul di kuil berusia 107 tahun itu, sejak 9.00 pagi, meskipun ia dalam proses ubah suai.
"Kita panggil kuil ini sebagai Thaipusam Batu Caves dekat selatan. Di Selatan, inilah kuil yang paling tua, kerana setiap 12 tahun kita ubah suai, yang bermula pada awal tahun ini", katanya.
Beliau ditemui di Kuil Arulmigu Thendayuthapani Kovil, Johor Bahru.