fb fb fb fb fb

DBP perkasa peranan hadapi era digital

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek / Foto RTM

KOTA KINABALU, 29 Jun 2025 – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terus memperkukuh usaha reformasi dan pemerkasaan peranannya dalam mendepani cabaran era teknologi serta digitalisasi, selari dengan misi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, DBP kini sedang membangunkan kerangka standard Bahasa Melayu yang bakal memberikan impak langsung kepada sistem pendidikan negara serta pengukuhan dasar bahasa kebangsaan dalam pelbagai sektor.

"Yang kedua adalah berkaitan dengan pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka yang kita harap dapat disegerakan bagi terus memastikan bahawa fungsi dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dapat kita pertahankan khususnya dalam memertabatkan bahasa Melayu", katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-69 Dewan Bahasa dan Pustaka yang berlangsung di sini, yang turut dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Fadhlina turut menegaskan bahawa selain memartabatkan bahasa Melayu, DBP juga memainkan peranan penting dalam pemeliharaan bahasa-bahasa suku kaum, khususnya di Sabah yang kaya dengan warisan linguistik pelbagai etnik.

β€œIni adalah antara peranan penting yang mesti dipikul oleh DBP iaitu memastikan bahasa-bahasa suku ini dapat dipelihara agar generasi akan datang dapat menghargainya,” ujarnya.

Dalam majlis sama, Fadhlina turut menyatakan bahawa kerajaan mengiktiraf sumbangan besar tokoh-tokoh bahasa dan sastera dari Sabah, yang telah memberikan impak besar terhadap perjuangan bahasa kebangsaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD