fb fb fb fb fb

Datuk Yong Soo Heong, dilantik Presiden MPI baharu

Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong dilantik sebagai Presiden Malaysian Press Institute (MPI) yang baharu

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong dilantik sebagai Presiden Malaysian Press Institute (MPI) yang baharu.

Pelantikan beliau yang merupakan Ketua Pengarang portal berita The Weekly Echo itu, dibuat menerusi pemilihan tiga jawatan utama majlis pentadbiran mesyuarat agung luar biasa (EGM) MPI .

Pada sesi pemilihan tersebut juga, Pengarang Kumpulan The New Straits Times, Farrah Naz Karim dipilih sebagai Timbalan Presiden, manakala Pengarang Pengurusan Star Media Group, Brian Martin, sebagai Naib Presiden.

Menerusi satu kenyataan, beliau berkata, memandangkan landskap media semakin berkembang, MPI boleh menjadi lebih inklusif dan relevan kepada industri media dengan mengadakan lebih banyak program-program latihan.

"Program-program latihan ini bertujuan membantu melahirkan lebih ramai wartawan yang berkualiti dan berkebolehan tinggi dalam usaha meningkatkan taraf kewartawanan di negara ini.

"Dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, MPI akan menjemput lebih banyak media untuk menyertai MPI sebagai ahli,"katanya.

Tempoh perkhidmatan Ahli Majlis Pentadbir adalah sehingga mesyuarat Agung MPI yang akan diadakan sebelum pertengahan tahun hadapan.

MPI mempunyai enam orang Ahli Majlis Pentadbir termasuk tiga jawatan yang baharu dilantik.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE