fb fb fb fb fb

Datuk Seri Salahuddin selesai jalani pembedahan, kini ditempatkan di ICU

(FOTO HIASAN)

ALOR SETAR, 22 Julai - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah selesai menjalani pembedahan pagi tadi selepas disahkan mengalami pendarahan otak.

Beliau kini sedang menerima rawatan susulan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dalam pengawasan pasukan perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akbarnya, Syakirin Husnal menerusi satu kenyataan.

(Datuk Seri Salahuddin Ayub / FOTO FAIL)

"Orang ramai dimohon agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap situasi yang berlaku," kata Syakirin.

Semalam, Datuk Seri Salahuddin dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk mendapatkan rawatan pada pukul 10.15 malam selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Ahli Parlimen Pulai itu kemudian disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

 

Artikel Berkaitan:
Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual dan muntah-muntah
Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan - Setiausaha Akhbar

 

Media Baharu