fb fb fb fb fb

Dataran Lang meriah, 2,000 sambut  Chap Goh Meh

Acara diakhiri dengan persembahan bunga api

LANGKAWI, 24 Februari- Seramai 2,000 penduduk tempatan dan pelancong membanjiri Dataran Lang, Langkawi sempena sambutan Chap Goh Meh malam tadi.
 
Chap Goh Meh yang dirayakan pada hari ke-15 pada bulan pertama mengikut kalendar cina menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baharu Cina.
 
Setelah tiga tahun tidak diadakan, sambutan yang menjadi acara tradisi  di pulau lagenda itu sejak 2014 kembali dengan pelbagai pengisian kebudayaan.
 
Paling mendapat perhatian ialah acara membaling limau ke laut  yang membawa maksud berdoa untuk mendapat jodoh selain tarian kebudayaan.
 
Acara kemuncak, pengunjung teruja dengan tembakan bunga api di Dataran Lang yang menjadi lokasi wajib kunjung di Langkawi.
 
Sambutan itu membuktikan perbezaan kaum dan agama tidak pernah menjadi penghalang kepada masyarakat di pulau pelancongan itu untuk terus meraikan kepelbagaian yang telah wujud sejak sekian lama.
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE