fb fb fb fb fb

Dasar penetapan kadar bayaran Haji secara bersasar diteruskan

(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Mohd Na'im Mohktar)

KUALA LUMPUR, 24 Oktober- Lembaga Tabung Haji mula melaksanakan klasifikasi jemaah haji mengikut kategori B40, M40 dan T20 (bayaran Penuh) bermula tahun ini.

Menteri Di Jabatan Perdana  Menteri  Hal Ehwal Agama Datuk Mohd Na'im Mohktar  berkata  dasar penetapan kadar bayaran haji secara bersasar yang diperkenalkan pada musim haji 1444H/2022M lepas akan diteruskan untuk musim haji 1445H/2024M.

Ini adalah bersesuaian dengan peranan Lembaga Tabung Haji mentadbir semua urusan berkaitan pengendalian dan kebajikan jemaah haji Malaysia.

"Tabung Haji juga akan meneruskan inisiatif Bantuan Kewangan Haji secara bersasar ini dari tahun ke tahun kepada golongan yang paling memerlukan selaras dengan hasrat kerajaan untuk menstruktur semula subsidi secara bersasar", katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

"Tabung Haji juga telah dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat melalui media, media sosial dan sesi libat urus tentang kepentingan konsep kemampuan atau 'istitho’ah.

Beliau menjawab pertanyaan wakil  Pasir Salak Jamaludin Yahya.

ROSLINA BINTI DIN