fb fb fb fb fb

Dasar e-waste perlu digubal, urus bahan buangan elektrik dan elektronik

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad (tengah)

PUTRAJAYA, 12 Januari - Dasar khusus perlu digubal berkaitan pengurusan bahan buangan elektrik dan elektronik atau e-waste kebangsaan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berpandangan ia mengambil kira trend pelupusan bahan buangan elektrik dan elektronik yang semakin meningkat dan memerlukan kaedah pemantauan rapi.

Beliau berkata, pihaknya sedar mengenai peningkatan bahan buangan terutama bateri daripada kenderaan elektrik (EV) generasi pertama dimana kaedah pembuangannya perlu dikendalikan dengan betul.

"Saya akan bangkitkan tentang keperluan untuk adakan satu dasar yang mungkin lebih terkini tentang soal e-wastelah dengan peningkatan penggunaan bahan-bahan yang disebut tadi, bateri, EV dan sebagainya di mesyuarat kabinetlah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Gaya Hidup Hijau NRES, di sini.

E-waste merupakan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi, lama atau usang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan penyaman udara, dengan penjanaan bahan buangan itu daripada dua punca iaitu sektor industri dan yang dihasilkan daripada isi rumah.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN