fb fb fb fb fb

Dasar berkaitan OGSE akan disemak semula

Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Kerajaan akan menyemak semula dasar berkaitan industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) supaya sektor berkenaan lebih mampan, tangkas dan berdaya saing.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kementerian itu menerusi Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC) sedang menyemak semula Pelan Hala Tuju OGSE bagi tempoh 2021-2030.

Langkah itu membolehkan kerajaan mendapatkan maklumat dan memahami kedudukan semasa industri berkenaan.

"Dari 2015 hingga sekarang masih lagi menyebabkan pemain-pemain industri tempatan terpaksa bergelumang dengan banyak cabaran.

"Jadi sebab itu, ini masa yang sgt baik untuk kita menyemak semula terutamanya dari segi perspektif, industri minyak dan gas di Malaysia sebenarnya telah bertukar secara drastik dalam tempoh 15 tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Banci OGSE 2024 di ibu negara.

Banci OGSE dilaksanakan mulai Jun hingga September tahun ini diadakan buat julung kalinya oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC) dan Petronas.

Ia bertujuan mengukur prestasi sektor tersebut serta menetapkan penanda aras baharu untuk statistik OGSE di Malaysia melibatkan lebih 3,500 pertubuhan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI