fb fb fb fb fb

Dalami adat istiadat Melayu, tanpa abai adat resam sendiri - Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

KUALA LUMPUR, 9 Mei- Setiap masyarakat diseru untuk bersatu dalam mendalami adat istiadat Melayu tanpa mengabaikan adat resam sendiri.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah masyarakat perlu akui bahawa kedaulatan institusi raja itu didokong kuat oleh adat istiadat Melayu.

"Saya percaya sekiranya setiap daripada kita memahami, menghormati dan bersetuju untuk berpaksikan adat istiadat ini dalam kehidupan seharian, pasti tiada lagi wujudnya perbezaan yang mampu merosakkan kestabilan negara," titah baginda pada program Seminar Institusi Raja 2024: Adat Istiadat Melayu di Dewan Bahasa Pustaka.

Baginda turut menasihati agar perpaduan negara terus utuh dalam kalangan bangsa dan kaum agar kehidupan lebih harmoni.

Seminar tersebut bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan memperkasakan pemahaman rakyat terhadap sistem beraja dalam negara.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM