fb fb fb fb fb

Dakwaan Malaysia belum mula bayar hutang 1MDB tidak benar

(Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz menjawab pertanyaan semasa sesi soal jawab lisan hari ini) 

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Dakwaan bahawa Malaysia belum membuat pembayaran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sama sekali tidak berasas.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, pihak kerajaan sudah membuat pembayaran faedah hutang berkenaan.

Jelasnya, hutang berjumlah RM32.3 bilion itu mempunyai tempoh matang antara tahun 2022 sehingga 2039.

(Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika mengemukakan soalan berkaitan 1MDB di Dewan Rakyat)

"Memandangkan prinsipal hutang-hutang tersebut hanya akan matang lambat lagi. Contohnya prinsipal bon terbitan 1MDB Energy Limited 11 Mei 2022, RM7.35 bilion. Bon terbitan 1MDB Energy Langat 2022, RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Global Investment RM12.6 bilion, Sukuk terbitan 1MDB RM5 bilion, jadi RM32.3 billion ini tarikh matang antara tahun 2022 hingga 2039, jadi belum dibayar, ini principal." katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Zafrul sekali lagi menegaskan bahawa hutang terkumpul 1MDB terdiri daripada prinsipal termasuk bon dan sukuk berjumlah kira-kira RM38 bilion ringgit.

Media Baharu