fb fb fb fb fb

Dakwaan kasut tertera kalimah Allah, tindakan bersepadu diselaras dengan pihak berkaitan

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 April - Tindakan bersepadu akan diselaras bagi menangani dakwaan kasut tertera kalimah Allah dalam masa terdekat.

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan lain-lain pihak berkaitan.

"Adalah menjadi komitmen utama jabatan untuk menjaga kesucian agama Islam dan maslahah umat Islam," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Na'im, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga telah diarah mengadakan pertemuan bersama Pengasas dan Pengarah Urusan Vern’s Holding Sdn. Bhd, Datuk Ng Chuan Hoo, pagi tadi.

Tegas Na'im, tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang jelas terbukti membuat tindakan menghina agama Islam.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN