fb fb fb fb fb

Cubaan tujuh PATI masuk Malaysia gagal

KOTA TINGGI, 23 Julai - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan tujuh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia di sekitar Kampung Sungai Rengit pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) menerusi kenyataan berkata kesemua PATI itu ditahan pada 7.40 pagi ketika berselindung di dalam semak dalam kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).

(Kesemua PATI ditahan ketika berselindung di dalam semak)

"Tujuh PATI terdiri daripada tujuh orang lelaki merupakan warga negara Indonesia berusia sekitar 26 hingga 42 tahun. Mereka telah dibuat saringan COVID-19 dan hasil ujian saringan mendapati kesemua PATI negatif COVID-19.

"Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai dan kesemua PATI telah diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya.

Turut dirampas adalah lapan buah telefon bimbit, wang tunai Malaysia dan Indonesia, dua utas jam tangan dan juga seutas gelang tangan perak dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM6,995.00.

Media Baharu