fb fb fb fb fb

Cubaan seludup rokok pelbagai jenama tumpas

IPOH, 9 Ogos - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya menumpaskan cubaan menyeludup rokok pelbagai jenama di tiga negeri dengan nilai rampasan lebih RM1.3 juta.

Ia hasil serbuan di Sungkai, Perak; Puchong, Selangor dan Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Pengarah Kastam Negeri, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata hasil risikan selama dua bulan, pihaknya telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dalam satu Sekatan Jalan Raya (SJR) selepas tol keluar Sungkai pada 27 Julai lalu.

Susulan penahanan itu, beberapa serbuan dibuat dan berjaya merampas rokok pelbagai jenama yang disyaki larangan kastam.

Nilai keseluruhan lebih 1.8 juta batang rokok termasuk cukai dianggarkan bernilai RM1.3 juta.

Kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) dan Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

(Nilai keseluruhan lebih 1.8 juta batang rokok)

Media Baharu