fb fb fb fb fb

Cuaca panas, laporan kes kebakaran meningkat - JBPM Perlis

Foto hiasan

KANGAR, 22 Februari- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis menerima laporan kes kebakaran yang meningkat berikutan pembakaran terbuka di ladang pertanian diikuti cuaca panas yang melanda utara tanah air.

Pada Januari lalu, JBPM Perlis merekodkan 45 kes berkaitan kebakaran terbuka, namun melonjak kepada 135 kes menjelang pertengahan Febuari.

Pengarah JBPM Perlis Pegawai kanan Bomba (PgKB) 1 Mohd Zaidi Hj Ma’at berkata, para petani boleh merujuk jabatan berkaitan seperti Jabatan Pertanian berkenaan pengurusan jerami padi.

Perkara itu bagi mengurangkan kes pembakaran terbuka dalam pengurusan ladang pertanian.

"Mengunakan sisa-sisa pertanian ini untuk dijadikan produk yang lain, sebagai contoh dijadikan produk makanan kepada haiwan dan baja kompos. Supaya ia boleh dijadikan input kepada kepada para petani.

"Pada masa sama kita boleh kurangkan pembakaran terbuka, sebab pembakaran itu boleh sebabkan persekitaran dan juga boleh memberi ancaman selain menjejaskan kesihatan," kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan tahunan JBPM Perlis di sini.

Pada majlis berkenaan seramai 36 anggota JBPM Perlis menerima penghargaan kenaikan pangkat.

Selain itu penghargaan kepada sembilan persatuan bomba sukarelawan yang aktif membantu pihak bomba dalam aktiviti pemadaman dan sebagainya turut disampaikan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI