fb fb fb fb fb

Cuaca panas, elak pembakaran terbuka

(Foto BERNAMA)

IPOH, 7 Mei- Masyarakat diingatkan tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata pembakaran secara terbuka bukan sahaja akan mengakibatkan pencemaran udara, malah meningkatkan lagi suhu persekitaran.

Katanya, semua pihak perlu bekerjasama dalam memastikan perkara sedemikian tidak berlaku.

"Pembakaran terbuka perlu dielakkan. Ia bukan sahaja mengakibatkan pencemaran udara, tetapi akan menambahkan lagi suhu dan juga cuaca panas, menjadikan kawasan sekeliling semakin panas," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu