CSP Malaysia-AS : Rubio dan PM bincang perluas kerjasama ekonomi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio

KUALA LUMPUR, 6 November – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan usaha memperluas kerjasama ekonomi di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) Malaysia-AS yang dipertingkatkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbualan telefon antara kedua pemimpin pada Khamis menurut kenyataan Jabatan Negara AS.
  • Perbincangan menyentuh peluang memperkukuh kerjasama ekonomi menerusi penggunaan teknologi AS yang selamat dan canggih.
  • Hubungan ditingkatkan kepada CSP pada 26 Okt 2025 semasa pertemuan Anwar dan Presiden Trump di Kuala Lumpur.
  • Perdagangan dua hala meningkat 25.7 peratus kepada RM235.19 bilion dalam enam bulan pertama 2026.

Perbincangan berlangsung semasa perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin pada Khamis, menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Negara AS.

Jabatan itu memaklumkan bahawa perbincangan berkenaan turut menyentuh peluang memperkukuh kerjasama ekonomi menerusi penggunaan teknologi AS yang selamat dan canggih.

Malaysia dan AS meningkatkan hubungan dua hala daripada Perkongsian Komprehensif kepada CSP pada 26 Okt 2025, semasa pertemuan antara Anwar dan Presiden Donald Trump di Kuala Lumpur.

Peningkatan taraf hubungan itu menandakan fasa baharu kerjasama dua hala yang merangkumi perdagangan dan pelaburan, teknologi canggih, pertahanan dan keselamatan, keselamatan tenaga, keamanan dan kestabilan serantau serta hubungan antara rakyat.

Perdagangan dua hala antara Malaysia-AS meningkat 25.7 peratus kepada RM235.19 bilion dalam tempoh enam bulan pertama 2026 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.