fb fb fb fb fb

Cemburu punca lelaki tumbuk isteri

Foto dari tingkap layar Tiktok

JOHOR BAHARU, 7 April- Seorang lelaki ditahan berhubung video tular pergaduhan di Petronas Bukit Indah, Taman Bukit Indah, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis daerah Iskandar Puteri, Superitenden Ibrahim Mat Som berkata, suspek berusia 35 tahun ditahan di Lebuh Raya Kota Iskandar, 12 tengahari tadi.

Pergaduhan dikatakan berlaku akibat cemburu.

Laporan diterima daripada pengadu lelaki berusia 26 tahun yang mendakwa telah dipukul oleh suami kepada kawannya.

Suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/506 kanun keseksaan.

semalam, tular video pergaduhan membabitkan dua lelaki dan seorang wanita.

Video turut memaparkan seorang lelaki berbaju hitam menumbuk seorang lelaki dan dihalang seorang wanita dipercayai pasangannya.

Bagaimanapun wanita itu turut ditumbuk lelaki terbabit.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD