fb fb fb fb fb

CAP mohon ambil tindakan efektif bagi hentikan hakisan di Pantai Batu Ferringhi

(FOTO RTM)

GEORGE TOWN, 24 Disember-Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memohon Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk mengambil langkah efektif bagi menghentikan kejadian hakisan yang semakin membimbangkan di Pantai Batu Ferringhi.

Pegawai Pendidikan CAP, N.V. Subbarow berkata beg-beg pasir yang digunakan sebelum ini sebagai benteng pemecah ombak tidak berhasil kerana telah dihanyutkan ombak.

Tindakan meletakkan beg pasir di sepanjang pantai itu tidak membantu dalam menangani masalah tersebut kerana hakisan terjadi disebabkan ombak yang lebih kuat.


(Hakisan pantai yang semakin teruk di Batu Ferringhi / FOTO RTM)

Mengulas lanjut Subbarow berkata, bongkah batu dan kawasan hakisan hanya terletak tidak jauh daripada beberapa hotel terkemuka sekali gus mengundang bencana kepada pelancong kerana tidak mengetahui bahaya yang sedang menanti.

“Sehubungan itu, kita menggesa kerajaan Pulau Pinang dan pihak berkaitan supaya menggunakan kaedah lain menghalang hakisan pantai menggantikan bongkah batu berkenaan.

Pihaknya menerima banyak aduan daripada orang awam yang bimbang akan keselamatan di pantai dan meminta supaya tindakan segera diambil.

Media Baharu