BINTANGOR, 23 September — Seorang buruh binaan warga Indonesia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke Sungai Penasu, Kampung Penasu pada Ahad lalu, ditemui lemas pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Meradong, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Tansli Mering berkata, mangsa dikenali sebagai Rendy, 21 tahun, ditemukan terapung kira-kira dua kilometer (km) dari lokasi kejadian.
"Mayat mangsa ditemukan kira-kira 8.30 pagi selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang rakan sekerja sedang melakukan kerja pembinaan sebelum tergelincir ke dalam sungai," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Katanya mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut selepas disahkan oleh pihak keluarga.
Operasi SAR ditamatkan pada pukul 11.30 pagi tadi.