fb fb fb fb fb

Buku Jenayah Siber di Malaysia diterbitkan, tangani jenayah berkaitan

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Hampir 70 peratus jenayah komersial dikategorikan sebagai jenayah siber di Malaysia.

Sebanyak RM2.23 bilion kerugian telah direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari tahun 2017 hingga 2021 membabitkan jenayah itu.

Namu begitu, pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam menangani masalah itu, antaranya dengan penerbitan buku Jenayah Siber di Malaysia: Impak Leluasa Internet yang dilihat mampu membantu pelbagai sektor ekonomi untuk lebih peka dengan isu ini.

Menurut Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, penerbitan buku oleh Institute of Public Security of Malaysia (IPSOM) ini bertepatan dengan matlamat Malaysia untuk bekerjasama dengan negara luar dalam bahagian pertahanan dan keselamatan.

(Acryl Sani ditemui pemberita selepas Majlis pelancaran buku Jenayah Cyber di MITEC)

"Dan ini juga akan dijadikan sebagai satu panduan kepada rakan-rakan rakan sejawat pihak berkuasa negara lain untuk membuat point to point (p2p) kontak dengan pihak-pihak berkuasa untuk kita sama-sama mencegah, kerana penipuan ini bukan hanya di negara kita bahkan ia merupakan fenomena di seluruh dunia," kata Acryl Sani di sini.

Berdasarkan International Telecommunication Union (ITU), Malaysia berada dikedudukan ke-5 dunia dan ke-2 di Asia Tenggara selepas Singapura dalam Indeks Jenayah Siber Serantau (GCI) 2020.

Ini sekali gus membuktikan komitmen negara dalam membanteras jenayah ini.

Majlis pelancaran buku itu dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Media Baharu