fb fb fb fb fb

Bot sarat durian karam, lelaki dikhuatiri lemas

Foto JBPM Sarawak

KANOWIT, 28 November- Seorang selamat manakala seorang lagi dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka yang sarat muatan buah durian karam di Bukong Jagoi, Bunut di Sarawak semalam.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Andy Alie berkata berkata mangsa dikenali sebagai Nabau Antas, 55 tahun.

"Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.50 pagi dan menggerakkan pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit ke lokasi kejadian.

"Juragan bot berusia 72 tahun diselamatkan penduduk berhampiran manakala penumpang dilaporkan hilang dibawa arus sungai.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hilang disambung semula hari ini," katanya kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM