fb fb fb fb fb

Bot nelayan disyaki bawa PATI, ditahan

Sebuah bot nelayan tempatan ditahan Maritim Malaysia kerana disyaki membawa PATI

KUALA LINGGI, 20 Januari- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri Melaka dan Negeri Sembilan menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana disyaki membawa pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) mengesan satu kontek curiga dari laluan Skim Pemisah Trafik (TSS), menuju ke Kuala Sungai Sepang, Selangor kira-kira pukul 12.00 tengah hari semalam.

"Bot Maritim Malaysia yang dalam rondaan Op Murni/Op Tiris Fasa 3.0 diatur gerak dan berjaya memintas bot tersebut selepas menerima maklumat.

"Tiga individu iaitu tekong, awak-awak rakyat tempatan serta seorang lelaki warga Indonesia berusia 49 tahun dipercayai PATI kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah," kata Mohd Khairi dalam kenyataan pada Sabtu.

Bagaimanapun bot tersebut telah ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk disiasat bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Migran 2022.

Pihaknya sentiasa memantau dan tegas dalam menyekat kemasukan PATI melalui perairan negara.

Orang ramai juga diminta memberi kerjasama dengan membantu menyalurkan sebarang maklumat salah laku ke Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI