fb fb fb fb fb

Bot karam, pemancing dikhuatiri lemas dibadai ribut

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersambung pagi tadi

KUALA KANGSAR, 20 Januari- Seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mangsa karam akibat dibadai ribut berhampiran Empangan Chenderoh, Sauk pada petang Jumaat.

Mangsa Muhammad Khairul Rusydan 30 tahun, dilaporkan hilang dibawa arus sungai manakala seorang lagi rakannya berjaya diselamatkan pemancing lain.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergerak ke lokasi sekitar pukul 5.30 petang.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula semalam terpaksa ditangguh berikutan cuaca gelap dan bersambung pagi tadi.

"SAR masih diteruskan dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM, BBP Lenggong, anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan agensi lain," kata Sabarodzi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI