fb fb fb fb fb

Bomba siap siaga hadapi cuaca panas

PUTRAJAYA, 29 Januari- Lebih 400 lokasi panas dikenal pasti berisiko mengalami kebakaran susulan ramalan cuaca lebih kering pada bulan hadapan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohamad kesemua lokasi membabitkan kawasan gambut, kawasan pelupusan sampah haram dan kawasan pusat pelupusan sampah yang dimiliki oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Jadi saya minta supaya masyarakat dan pihak media khususnya menguar-uarkan kepada orang ramai untuk ketiga-tiga kawasan ini kalau ada melihat individu ataupun kumpulan yang tidak bertanggungjawab memulakan kebakaran, kita mohon supaya buat laporan kepada pihak bomba dengan cepat.

"Setakat ini kita telah keluarkan pengarahan antaranya ialah koordinasi antara jabatan dengan agensi-agensi sokongan.

"Kita tidak bersendirian sebab kita buat pemadaman sahaja tetapi contohnya apabila kita kata kita perlu nak menggunakan empangan air, kita akan berkomunikasi dengan Jabatan Alam Sekitar," katanya pada sidang media Majlis Perbarisan Tahunan 2024 JBPM di sini.

Tambah beliau, JBPM turut bersiap siaga daripada segi aset dan keanggotaan sebagai persiapan untuk menghadapi musim kering ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM