fb fb fb fb fb

Bomba Kelantan cadang bina penghadag jambatan

Zainal Madasin

PASIR MAS, 16 Januari- Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan mencadangkan kepada kerajaan negeri itu untuk membina penghadang bagi mengelakkan berlakunya kes terjun jambatan.

Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin berkata, cadangan itu perlu dipertimbangkan disebabkan negeri itu merekodkan sebanyak 17 kes terjun jambatan sejak 2021 hingga Januari tahun ini.

Zainal berkata dalam tempoh itu kejadian terjun jambatan berlaku setiap tahun. Pada 2021 merekodkan tiga kes, tahun 2022 (tujuh kes), tahun 2023 (enam kes) dan paling terbaru satu kes terjun jambatan yang berlaku kelmarin.

Jambatan Sultan Yahya Petra merupakan lokasi paling panas apabila merekodkan sembilan kes, diikuti Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong, (tiga kes) dan Jambatan Salor, Pasir Mas; Pak Nik Lah di Pengkalan Chepa, Tok Bali di Pasir Puteh dan Wakaf King, Tumpat masing-masing merekodkan satu kes.

"Jadi  perlu ada penghadang pagar ke untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku. Kita lihat setiap tahun ada kes terjun jambatan direkodkan.

"Untuk tahun ini paling terbaru berlaku kelmarin. Tetapi kita tidak boleh jangka sepanjang tempoh tahun ini. Jadi itu ialah cadangan supaya perkara ini boleh diatasi. Kita mohon pihak pihak tertentu untuk bantu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong, di sini.

Zainal berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikenali sebagai Norhisyam Ismail 43 tahun diteruskan hari ini.

Operasi hari ini melibatkan pencarian di permukaan sungai serta selaman oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan akan menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI