PUTRAJAYA, 3 November –Barisan Nasional telah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri Sabah, dengan semua calon telah dikenal pasti dan hanya menunggu pengumuman rasmi.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, perbincangan bersama pimpinan negeri telah selesai bagi memastikan penyelarasan dan kerjasama erat antara kepimpinan pusat dan negeri.
“Persiapan sudah disiapkan dan kita hanya tunggu masa untuk mengumumkan nama-nama calon dan perbincangan di peringkat itu telah pun diadakan, InsyaAllah kita jangkakan YAB bersama dengan pimpinan Sabah
seperti yang kita ketahui Sabah juga mempunyai autonomi dia dan perbincangan bersama kita lakukan," katanya dalam sidang media selepas meninjau persiapan akhir penganjuran Festival IDEA (FOI) Putrajaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Menurut beliau, BN menghormati autonomi pimpinan negeri Sabah dalam membuat keputusan berkaitan calon dan strategi, namun tetap mengekalkan semangat kesepakatan bersama dengan pimpinan pusat.
Beliau menegaskan, gabungan kesediaan dan persefahaman itu menjadi asas penting bagi memastikan BN menawarkan calon terbaik yang dekat dengan rakyat Sabah.