fb fb fb fb fb

BN Perlis optimis kemenangan pada PRU akan datang

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

KANGAR, 16 November- Barisan Nasional (BN) Perlis yakin dengan strategi yang digunakan sekarang ini mampu menarik majoriti sokongan pengundi sekali gus boleh mengambil alih semula pentadbiran kerajaan negeri itu.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, menerusi laporan dan pemerhatiannya, beliau amat yakin BN Perlis mampu memenangi semula semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pendekatan terus berkhidmat yang menjadi teras perjuangan BN sejak dahulu lagi merupakan formula yang paling berkesan beserta kesatuan dan sokongan semua ahli parti komponen bn negeri ini.

"Yang paling mustahak ialah bagaimana rakyat membuat penilaian, terhadap kerajaan ketika ini dengan apa yang pernah dilaksanakan bawah BN.

"Semua ini tentunya akan membantu rakyat untuk memikirkan bahawa sebaik-baik kerajaan itu ialah daripada BN dan juga Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvesyen Barisan Nasional Perlis 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-50 Barisan Nasional di sini.

Menurut Zambry perpaduan pemimpin parti komponen serta kesungguhan ahli parti yang mengerakkan pelbagai aktiviti di peringat akar umbi menjadi kelebihan kepada BN Perlis.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI