fb fb fb fb fb

BIOCON labur RM1.1 bilion, bakal jadi pengeluar insulin terbesar dunia

FOTO FB Lee Ting Han

ISKANDAR PUTERI, 13 Mac- Fasiliti pengeluar produk biofarmaseutikal, BIOCON, di Iskandar Puteri, Johor, sedang melaksanakan fasa kedua pelaburan, melibatkan nilai RM1.1 bilion, untuk memperluaskan kapasiti fasiliti.

Exco Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han berkata, peningkatan kapasiti itu, membolehkan fasiliti itu menjadi antara pengeluar insulin terbesar dunia.

Pelaburan tambahan itu juga, dijangka dapat mewujudkan lebih 300 peluang pekerjaan berkualiti tinggi, kepada penduduk tempatan.

Ketika ini, lebih 97 peratus daripada kira-kira 900 pekerja di BIOCON, adalah rakyat Malaysia, khusus penduduk Johor.

Sebelum ini, BIOCON telah melabur lebih RM1.6 billion, dalam fasa pertama penubuhan fasiliti itu, menjadikan ia pengeluar insulin bersepadu terbesar asia.

Fasiliti itu juga telah menyediakan lebih 87 juta katrij insulin kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, sejak 2016, memanfaatkan hampir 300,000 pesakit diabetes dalam negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE