fb fb fb fb fb

Bersauh tanpa kebenaran, APMM tahan kapal kargo di Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 11 Jun- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Mairitim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal kargo dipercayai bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 21.6 batu nautika timur Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor pada pukul 11.15 pagi semalam.

Dalam operasi terbabit, tujuh warga Vietnam berusia 24 hingga 56 tahun, ditahan.

Timbalan Pengarahnya, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata kesemua yang ditahan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"Nakhoda kapal bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia," kata Mohd Najib menjelaskan perkara tersebut kepada pemberita RTM.

Kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Sabit kesalahan memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.


(FOTO APMM)

Media Baharu