fb fb fb fb fb

Benteng hakisan sungai bakal dibina di Lundu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datuk Azizul Anuar Adenan

LUNDU, 28 April - Sebuah benteng hakisan sungai bakal dibina di sepanjang sungai Kampung Sileng, Lundu dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Anuar Adenan memberitahu, projek berjumlah RM13 juta tersebut telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) termasuk benteng hakisan di Pekan Lundu yang bernilai RM17 juta.

Beliau memberitahu demikian dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Sileng Melayu, Lundu malam tadi.

Beliau berharap agensi pelaksana akan memulakan proses pembinaan dengan cepat bagi membendung fenemona banjir kilat yang sering berlaku di kawasan tersebut apabila hujan lebat atau air pasang besar.

"Sebuah Dewan baharu yang bernilai RM3.5 juta juga akan dibina di Kampung Sileng bagi memudahkan penduduk kampung menjalankan aktiviti mereka," katanya.

TETITIA YUSOFF