fb fb fb fb fb

Benih awan: Beberapa faktor akan diambil kira

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad

KOTA BHARU, 30 Mac - Kerajaan akan mengambil kira beberapa faktor seperti cuaca dan arah angin sebelum membuat sebarang keputusan sebelum melakukan kaedah pembenihan awan susulan.

Ini susulan cuaca panas yang menyebabkan empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah kritikal ketika ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jawankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan (JIJCKK).

"Biasa Tentera Udara Malaysia (TUDM) dengan dengan kordinasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Jadi peringkat kementerian, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) akan beri panduan, jadi untuk buat pembenihan awan ini kita pun ada bincang di mesyuarat Jemaah Menteri.

"Untuk buat pembenihan awan ini berdasarkan faktor cuaca, angin dan awan yang betul bukan bila-bila masa, jadi itu antara perkiraan yang diambil," kata Nik Nazmi kepada pemberira selepas merasmikan Forum Profesional Anak Kelantan 2024, di sini.

NADMA sebelum ini memaklumkan empat empangan berkenaan iaitu empangan Sembrong Barat, Johor, Empangan Air Itam di Pulau Pinang, Empangan BS Padang Saga serta Empangan Malut, Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah susulan cuaca panas.

Tambah Nik Nazmi, NADMA akan terus memantau secara dekat dari semasa ke semasa empangan terbabit bagi memastikan paras air terkawal.

TETITIA YUSOFF