fb fb fb fb fb

Bendera merah bawa rampasan 31 set bubu naga

Kegiatan itu dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak semalam menerusi Op Sayong, Op Pintas, Op Tanjung dan Op Tiris

LUMUT, 29 Januari- Bendera berwarna merah yang mencurigakan membawa kepada rampasan 31 set bubu naga.

Kegiatan itu dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menerusi Op Sayong, Op Pintas, Op Tanjung dan Op Tiris, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata set bubu naga bernilai hampir RM3,000 itu dirampas di kedudukan sekitar 2.3 batu nautika barat laut Pulau Talang, Perak.

"Kesemua rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan.

Beliau sekali lagi mengingatkan nelayan yang menggunakan bubu naga sebagai peralatan menangkap hasil laut boleh disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM