fb fb fb fb fb

Belanjawan Johor 2025 dibentang esok

Pembentangan Belanjawan Johor 2025 bertunjangkan enam teras utama turut disiarkan secara langsung di JOHORfm /FOTO FACEBOOK Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 20 November - Belanjawan Johor 2025 akan dibentangkan esok dengan bertunjangkan enam teras utama di bawah Agenda Maju Johor.

Menurut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, bertemakan "Maju Johor, Rakyat Sejahtera", belanjawan tersebut akan merangkumi pelbagai aspek penting.

Ini termasuk pembangunan ekonomi, pendidikan, kesihatan, perumahan mampu milik, infrastruktur, serta usaha memperkukuh keagamaan dan melahirkan belia yang berdaya saing.

"Pembentangan ini bukan sekadar belanjawan, tetapi satu perancangan dan pelaksanaan inisiatif untuk mencipta masa depan yang lebih baik.

"Setiap inisiatif yang dirancang adalah untuk memastikan tiada Bangsa Johor yang ketinggalan," katanya menerusi hantaran di Facebook Onn Hafiz Ghazi.

Pembentangan Belanjawan Johor 2025 akan disiarkan secara langsung di Facebook beliau dan dua stesen radio termasuk JOHORfm.

Trainee