Belanjawan 2026: Fokus bela rakyat, tanpa tambah hutang negara

KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Belanjawan 2026 menjadi hala tuju jelas untuk memastikan Kerajaan terus membela rakyat, tanpa menambah beban hutang negara, selain mengekalkan disiplin fiskal yang tegas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Belanjawan 2026 menekankan pembelaan rakyat dengan fokus kesejahteraan setiap lapisan masyarakat.
  • Menjaga disiplin fiskal yang tegas untuk memastikan perbelanjaan berhemah dan mampan.
  • Komitmen tidak menambah beban hutang negara sambil menjamin masa depan lebih adil.

“Hari ini saya telah menghidangkan perencanaan kewangan nasional yakni Belanjawan MADANI Keempat 2026 di Parlimen.

“Insya-Allah, Belanjawan 2026 ini akan menjamin masa depan yang lebih adil untuk setiap lapisan rakyat, keluarga dan penjawat awam”, katanya menerusi hantaran di Facebook.