fb fb fb fb fb

Belanjawan 2025: KDN tumpu aset, kebajikan pasukan keselamatan

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 2 Ogos- Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Belanjawan 2025 yang melibatkan lapan kluster

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Belanjawan 2025 memfokuskan aset dan kebajikan pasukan keselamatan di bawah kementeriannya.

"Ada perkara yang kita anggap sebagai keutamaan terutama daripada segi aspek kebajikan, aspek yang saya tekankan pada bajet tahun lepas, kami akan teruskan lagi.

"..Macam tahun lepas kami berjaya memulihkan hampir 151 pos hadapan PGA (Pasukan Gerakan Am), sejumlah kuarters dapat kami baik pulih dengan membenarkan peruntukan sekitar RM300 juta, kemudian kami juga dapat menyelesaikan isu perumahan ESSKOM di pantai timur Sabah," katanya selepas program Sesi Libat Urus Belanjawan 2025 bersama pemegang taruf KDN.

Dalam pada itu, beliau juga turut menyatakan mengenai projek perintis Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) buat agensi itu di beberapa pintu masuk meliputi Johor, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, Sabah.

"Esok saya dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan berada di Rantau Panjang dan Golok juga antara pintu masuk yang termasuk dalam perintis MCBA.. akan bincangkan esok dalam pertemuan bilateral di antara Perdana Menteri dan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM