fb fb fb fb fb

Belanjawan 2025 bukti kerajaan tidak pinggir anak-anak autistik - Fadhlina

Kerajaan komited memastikan tiada anak-anak autistik terpinggir dalam pendidikan/Foto FB Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 19 Oktober - Kementerian Pendidikan meluahkan rasa syukur atas komitmen kerajaan yang tidak meminggirkan anak-anak autistik dalam Belanjawan 2025.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata komitmen kerajaan dapat dibuktikan dengan meluluskan pembinaan 11 Pusat Permata baharu di empat buah negeri bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

Menurut beliau dengan peruntukan itu dapat memastikan persekitaran pembelajaran yang selesa buat anak-anak autitistik.

"Tiada anak-anak kita yang terpinggir. Kita melihat melalui pengumuman semalam, semua segmen anak-anak kita mendapat manfaat yang cukup besar daripada sekolah-sekolah baru.

"Ini juga melibatkan kantin dan surau termasuk untuk Sabah dan Sarawak dengan meneruskan komitmen membaiki sekolah-sekolah daif," katanya selepas merasmikan Karnival Lestari Intervensi Awal 2024 (KLIA'2024) di Wangsa Maju.

Terdahulu, beliau sempat beramah mesra dengan anak-anak autistik di KLIA’ 2024 yang diadakan selama dua hari di pusat beli-belah di sini.

Karnival Lestari Intervensi Awal yang bertemakan 'Dunia Impian Saya' merupakan program julung kalinya dianjurkan oleh Pusat Permata Kurnia.

KLIA' 2024 berhasrat menjadi platform untuk menghubungkan masyarakat umum dengan kaedah intervensi awal autisme.

Program itu bagi menyerlahkan potensi diri dan kebolehan kanak-kanak autisme.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dua sekolah baharu bagi murid berkeperluan khas turut dibina di Tuaran, Sabah dan Johor Bahru dengan peruntukan RM300 juta.

Sekolah di Johor Bahru akan menjadi sekolah pertama yang khusus untuk autistik.

BERITA BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN