fb fb fb fb fb

Industri sawit, Belanda sedia bantu Malaysia

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 November- Belanda sedia menyokong dan membantu Malaysia mengiktiraf Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai proses audit Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang akan berkuat kuasa 18 bulan setelah diluluskan Parlimen Eropah.

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata beliau komited memastikan Malaysia melalui fasa peralihan itu secara efektif, memandangkan industri minyak sawit merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara.

"Jadi apa yang perlu kita bincangkan sekarang ialah cara untuk memastikan Malaysia dan juga Indonesia, sebahagian besar ekonominya bergantung kepada minyak sawit dan banyak petani aktif dalam industri ini.

"Bukan sahaja makanan, minyak sawit banyak kegunaannya," kata Rutte kepada pemberita di sini.

Perbincangan berkesan sedang diusahakan supaya pelaksanaan EUDR akan memberi impak minimum, terutamanya kepada pekebun kecil Malaysia.

Tambahnya, 35 peratus minyak sawit di Belanda diimport dari Malaysia.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM