fb fb fb fb fb

Bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan akibat angin ahmar terima sumbangan PM

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Julai- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada bekas jurutera elektrik Tan Men Heang, yang hilang punca pendapatan untuk menyara kehidupannya bersama isteri setelah menghidap penyakit angin ahmar.

Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, Datuk Seri Anwar berkata, sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi.

Beliau berkata, isteri Men Hean juga sukar untuk bekerja kerana menghadapi masalah kaki yang menyukarkan dirinya untuk bergerak.

"Dalam sesi Ziarah MADANI ini, saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban kos perubatan yang ditanggung saudara Men Heang dan isteri.

"Saya titipkan doa memohon kesejahteraan dan kekuatan untuk mendepani dugaan dan meneruskan kehidupan,"kata Perdan Menteri dalam hantaran tersebut.

Turut hadir Timbalan Speaker DUN Selangor merangkap ADUN Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE