fb fb fb fb fb

Bekalan gula di Perak terkawal, cukup tanpa kenaikan harga

(Woo Kah Leong)

IPOH, 23 Mei- Bekalan gula di Perak adalah terkawal dan mencukupi tanpa sebarang kenaikan harga dengan kira-kira 30,000 pemeriksaan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak di seluruh negeri, setakat semalam.

Exco Perak, Woo Kah Leong berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan itu, hanya lima aduan diterima berkaitan bekalan dan harga gula dengan kesemuanya telah diselesaikan. 

"Bekalan gula di negeri ini di semua 15 daerah adalah terkawal dan mencukupi keperluan bagi penduduk di Perak, tanpa sebarang kenaikan harga.

"Untuk makluman semua, gula merupakan antara 13 barang kawalan berjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974," katanya dalam sidang media sempena Mesyuarat Ketiga, Tahun Pertama, Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

(Foto hiasan)

Media Baharu