fb fb fb fb fb

Bekalan air bersih, kerajaan tangani isu rakyat secara saksama

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 1 Julai- Komitmen kerajaan dalam memastikan seluruh rakyat menikmati sumber bekalan air bersih merupakan satu langkah yang progresif dan proaktif.

Penganalisis Ekonomi, Prof.Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid optimis kerajaan bersedia melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani isu-isu rakyat dengan saksama dan menyeluruh.

Ini termasuk isu bekalan air di negeri-negeri pentadbiran pembangkang.

"Kerajaan juga akan menilai semula bekalan air di kebanyakan negeri yang menghadapi masalah bekalan air kotor dan pelbagai lagi.

"Ia seharusnya tidak berlaku kerana Malaysia di antara negara yang menerima hujan yang paling banyak di dunia.

"Seterusnya rakyat dapat menikmati sumber bekalan air bersih daripada keseluruhan kawasan tadahan air di Malaysia.

"..Dan pengumuman yang dibuat kerajaan untuk memastikan semua rakyat Malaysia mendapat air yang bersih adalah satu langkah yang begitu aktif, progresif dan proaktif," katanya kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM