fb fb fb fb fb

Beberapa jalan di KL dinaiki air susulan hujan lebat

Beberapa jalan di ibu negara termasuk Jalan Kuching ini dinaiki air susulan hujan lebat pagi ini.

KUALA LUMPUR, 15 Oktober - Beberapa jalan di Kuala Lumpur dinaiki air susulan hujan lebat berterusan yang bermula sejak kira-kira 9 pagi tadi.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Integrated Transport Information System (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan hantaran di media sosial oleh orang awam, beberapa jalan sekitar Kuala Lumpur dinaiki air menyebabkan aliran trafik terganggu antaranya di Jalan Parlimen menghala ke Bukit Aman, Jalan Perak dan Lebuhraya Sultan Iskandar.

Tinjauan  juga mendapati laluan masuk ke ibu kota dari arah Jalan Tun Razak turut dinaiki air.

Turut kedengaran, kedengaran sistem penggera keselamatan di Sungai Bunus menandakan paras bahaya.

Sementara itu, laman X Smart Expressway memaklumkan bahawa terowong smart ditutup sepenuhnya untuk laluan pengguna dan operasi banjir sedang dijalankan.

“Pengguna Terowong SMART dinasihatkan memandu dengan berhati-hati. Sila rancang perjalanan anda dan patuhi arahan lalu lintas,” menurut hantaran itu. -BERNAMA

Trainee2